Thursday, February 9, 2012

kanser serviks


Sungguh menakutkan entry kali ni...Kanser serviks???@@@barah pangkal rahim....sangat takut....ini untuk golongan wanita dan harus ambil tahu...

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di negara kita. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age )

Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genitalwart )). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.

Kedua-dua human papillomavirus jenis risiko tinggi dan risiko rendah mampu menyebabkan pertumbuhan sel luar biasa, tetapi hanya human papillomavirus jenis risiko tinggi mendorong kepada barah. human papillomavirus risiko tinggi, disebarkan melalui hubungan seksula termasuk jenis Sexually 16, 18, 31, 33, 35, 39, 45, 51, 52, 56, 58, 59, 66, 68, and 73 (4). Human papillomavirus jrisiko tinggi ini menyebabkan pertumbuhan pada pangkal rahim yang biasanya rata dan hampir tidak kelihatan, berbanding ketuat luaran ya

ng disebabkan oleh jenis risiko rendah HPV–6 dan HPV–11. Jenis HPV 16 dan 18 bersama menyebabkan 70 peratus barah pangkal rahim (4, 5). Adalah penting bagi menyedari bahawa kebanyakan jangkitan HPV risiko tinggi sembuh sendiri tanpa menyebabkan barah. Terdapat lebih 100 jenis virus Human Papilloma (HPV), oleh itu pengambilan vaksin bagi Human Papilloma (HPV) jenis tertentu tidak menjamin perlindungan dari virus jenis Human Papilloma (HPV) yang lain.

Jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang tersebar melalui hubun

gan seks memberi risiko yang tinggi pada wanita yang sering bertukar pasangan hubungan seks ataupun wanita yang mempunyai seorang sahaja pasangan hubungan seks akan tetapi pasangannya itu banyak bertukar pasangan berhubungan seks. Lelaki adalah juga pembawa virus Human Papilloma (HPV).

Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.

Dalam barah pangkal rahim), sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satuketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bole

h merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim?

  1. Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  2. Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
  3. Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
  4. Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.

Oleh itu...kaum wanita bertindaklah segera mencegahnye sebelum terlambat.....buat la pemeriksaan segera....jangan tunggu dah kawen beranak pinak bagai baru nak check up..yang bujang pun bleh cek juga....

ingat lah kesayangan anda ni....


bye....

till...blog...



No comments:

Post a Comment